Category: Pedoman

August 14th, 2016 by bukharishafie

Panduan berikut berdasarkan gaya APA yang dipetik daripada APA Style Blog.

i. Jadual

Jadual 1

Calon yang Mendaftar PMR 2011

 

 

 

 

 

 

ii. Rajah

Rajah Artikulasi

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah 1
. Rajah alat artikulasi


Posted in Pedoman Tagged with:

December 31st, 2015 by bukharishafie

Sumber gambar: http://drmaza.com

Di mana aku dapat meletakkan keningku sujud kepada Tuhan, di sanalah tanah airku!”

(Hamka, Ayahku, 2016:532)

Posted in Pedoman

April 15th, 2015 by bukharishafie

Surah Ibrahim (23-25);

(24) Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan tentang kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit.

(25) IPohon itu mengeluarkan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia, supaya mereka selalu ingat

(26) Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun.

 

Posted in Pedoman Tagged with:

March 8th, 2015 by bukharishafie

Jabatan Pengajian Melayu, IPGKDA telah menerbitkan buletin dalam talian ‘Suluh Ilmu Sinar Bahasa’. Buletin ini boleh dicapai melalui www.lmsipda.net/buletinjpm

Read more of this article »

Posted in Bahasa, Sastera & Budaya, Makluman, Pedoman, Pendidikan

November 18th, 2013 by bukharishafie

 

Posted in Bahasa Melayu 1, Bahasa Melayu Kontekstual, Literasi Bahasa, Makluman, Mentor-Mentee, P&P BM Berbantukan Komputer, Pedoman, Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR, Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

February 18th, 2013 by bukharishafie

Apabila sahabat hamba menulis begini, “Semoga mendapat keberkatan dariNya,” hamba bertanya, “Nya itu siapa?”
“Nya” itu ganti nama, tetapi apabila tidak ada nama disebut sebelum itu, “Nya” itu siapalah agaknya!

Jikalau “Nya” itu bermaksud “Allah”, silalah tuliskan Allah, “Semoga mendapat keberkatan dari Allah.” Dan selepas itu “Nya” akan merujuk kepada “Allah.”

Contoh: “Semoga mendapat keberkatan dari Allah. Kita semua sentiasa berdoa mengharapkan rahmat-Nya.” Barulah “Nya” itu merujuk kepada Allah. Juga pastikan sebelum “Nya” ada sempang (-), diperlukan kerana “N” itu ditulis dengan huruf kapital.

—–
Sumber: Profesor Emeritus Abdullah Hassan

Posted in Bahasa, Sastera & Budaya, Pedoman Tagged with:

August 28th, 2012 by bukharishafie

“Hakikatnya, sudah berbulan-bulan saya berdoa kepada Allah agar mempertemukan dengan anak-anak murid yang lembut hatinya, mahu belajar, yang tahu pula menghormati guru-guru mereka, mudah memahami dan saling kasih mengasihi.”

Prof. Muhd. Kamil Ibrahim

Posted in Pedoman Tagged with:

February 4th, 2012 by bukharishafie

Sumber nota: Facebook Tuan Hj. Mohd Isa Abdul Razak

Bercakap Fasal Idea

Pesan yang dilampirkan di bawah sarat dengan permata kata. Penyampai pesan, Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, menyuluh minda kita dengan permata kata. Beruntunglah jikalau hati kita terang dengan suluhan permata kata itu. Saya berharap saya tergolong dalam kelompok mereka yang beruntung itu.

Pesan yang mencabar saya ialah peribahasa Arab “orang besar bercakap fasal idea (1), orang kurang besar bercakap fasal peristiwa (2), orang kecil bercakap fasal orang lain (3), orang paling kecil bercakap fasal dirinya (4)”.

Dalam peribahasa ini terdapat empat unsur yang ditandai dengan nombor 1,2, 3, dan 4. Satu nombor mewakili satu jenis manusia. Unggulnya, kita hendak menjadi orang nombor satu, atau kata mereka yang berpendidikan Arab, nombor wahid.

Apabila saya fikir-fikirkan, amatlah unggul untuk menjadi orang nombor wahid sepanjang hayat dan setiap masa. Yang unggul itu cita-cita. Realitinya, keempat-empat unsur itu ada dalam diri setiap orang. Namun jumlah, peratusan dan mutu unsur itu berbeza-beza dalam kalangan manusia. Beruntunglah mereka yang dirinya sarat dengan unsur nombor wahid dan bermutu pula.

Jumlah, peratusan dan mutu unsur-unsur itu dalam diri seseorang dapat berubah. Perubahan itu dapat positif atau negatif.  Persis iman, ada masanya lebih, ada ketikanya kurang. Wallahuaklam.

Pesan Profesor kepada Pelajarnya

Menjadi guru itu adalah profesion yang mulia.
Oleh itu guru mesti sentiasa berilmu.
Guru mesti mahir menggunakan kaedah mengajar.
Guru mesti panjang akal.

Guru mesti mahir dalam bahasa budaya tinggi.
Bahasa budaya tinggi menjadi wahana budaya dan intelektual tinggi.
Bahasa rendah adalah untuk budaya rendah.
“Street language is for street people.”

Ikutlah pesan Nabi Luqman a.s. kepada anak-anaknya.
Sederhanakanlah lagak dan suara kamu.
Orang yang suaranya kasar dan bongkak dibenci Tuhan.

Ada sebuah peribahasa Arab yang berkata,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Jadilah orang besar.

Menjadi guru, bercakaplah fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya, fasal agama,… bagi memandaikan anak bangsa.

Janganlah menjadi orang kecil, dan orang terkecil.

Semoga kamu menjadi guru yang berjasa.

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan
10 Oktober 2007
http://sosiolinguistik.blogspot.com/

Posted in Bahasa, Sastera & Budaya, Pedoman