Category: Kesantunan Masyarakat Malaysia

July 25th, 2016 by bukharishafie

Perihalkan aspek budaya dan kesantunan berdasarkan video berikut:

 

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=2rHcAwobMyQ

Posted in Kesantunan Masyarakat Malaysia Tagged with:

July 20th, 2016 by bukharishafie

Inilah pelajar saya yang sentiasa ceria dan bermotivasi. Mereka ialah pelajar PPISMP Semester 1 (Ambilan Jun 2016) Sains.

ppismps1jun2016sains

10 orang sahaja…semuanya berbangsa Cina.

Posted in Kesantunan Masyarakat Malaysia Tagged with:

May 22nd, 2015 by bukharishafie

Dalam interaksi seharian, kita sering disapa/ menyapa dengan pelbagai sapaan. Antaranya “encik”, “cik”, “puan”, “tuan”, “pak cik”, “mak cik” “adik”, “kakak”, “abang” dan sebagainya. Begitulah kita sewenang-wenangnya kata sapaan digunakan. Hakikatnya apabila berbahasa dan berkomunikasi dengan seseorang kita tertakluk kepada aspek kesantunan dalam berbahasa. Maka sapaan yang sewajarnya merupakan satu aspek yang mencerminkan kesantunan seseorang apabila berkomunikasi dengan seseorang.

Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.

Read more of this article »

Posted in Kesantunan Masyarakat Malaysia Tagged with:

August 4th, 2014 by bukharishafie

Sumber: Sinar Harian

PERIBAHASA Melayu “Bahasa Menunjukkan Bangsa” bermaksud bahasa menjadi lambang keperibadian masyarakat atau sesuatu bangsa. Dalam konteks ini, bahasa bukan hanya merujuk sistem bahasa yang digunakan tetapi juga berkaitan cara atau gaya berbahasa masyarakat berkenaan.

Hal ini bermaksud bahasa dan cara berbahasa orang Melayu secara langsung menggambarkan keperibadian, pemikiran dan identiti bangsa Melayu itu sendiri. Keperibadian dan pemikiran bangsa Melayu digambarkan melalui cara orang Melayu berbahasa.

Orang Melayu merupakan bangsa yang suka berkias dalam percakapan mereka. Dengan perkataan lain, orang Melayu tidak suka berterus-terang untuk menyampaikan sesuatu maksud. Gaya berbahasa ini merupakan seni dalam perhubungan antara orang Melayu dalam kelompok mereka.

Sifat orang Melayu ini dapat digambarkan melalui penggunaan peribahasa Melayu yang penggunaannya begitu berleluasa merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Peribahasa ‘biar putih tulang jangan putih mata’, ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’, ‘kalau takut kepada ombak jangan berumah di tepi pantai’ menggambarkan kiasan orang Melayu untuk menzahirkan cita-cita dan keinginan mereka yang tinggi.

Penggunaan pantun dalam kehidupan orang Melayu ketika berkomunikasi contohnya ketika majlis peminangan menggambarkan sikap orang Melayu yang berkias dalam menyampaikan hasrat.

Biasanya dalam pantun peminangan terdapat frasa ‘memetik bunga di taman’ yang membawa maksud ingin meminang seorang gadis yang masih dalam jagaan orang tuanya. Penggunaan pembayang pantun sama ada satu, dua, tiga atau empat kerat sebelum maksud menunjukkan orang Melayu tidak gopoh dalam menyampaikan hasrat.

Orang Melayu terkenal dengan sifat bersopan santun yang digambarkan melalui penggunaan bahasa halus dalam komunikasi. Sesuatu perkataan yang dapat menyinggung perasaan orang lain tidak akan diucapkan secara langsung terutama dalam soal yang berkaitan musibah, seks dan pantang larang.

Bahasa halus yang biasa digunakan ialah pulang ke rahmatullah (mati), disimpan (dikuburkan), pengawal keselamatan (jaga), nafkah batin (hubungan seks suami dan isteri), datang bulan (haid), Pak Belang (harimau), Sang Rangkak (buaya), tali pinggang (ular) dan lain-lain lagi. Orang Melayu tidak digalakkan menuturkan perkataan yang kasar kerana dianggap tidak sopan.

Read more of this article »

Posted in Bahasa, Sastera & Budaya, Kesantunan Masyarakat Malaysia, Uncategorized Tagged with:

July 16th, 2014 by bukharishafie
Sila baca artikel yang diberikan dan laksanakan aktiviti perbincangan pada dinding padlet yang disediakan.
Created with Padlet

Posted in Kesantunan Masyarakat Malaysia Tagged with: ,

July 14th, 2014 by bukharishafie

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Selamat datang ke IPGKDA (IPDA)…Sinar Ilmu di Utara.

Saya juga ternanti-nanti kehadiran anda ke kuliah saya, Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012).

Sila perkenalkan diri anda pada dinding padlet di bawah ini.

Created with Padlet

Posted in Kesantunan Masyarakat Malaysia Tagged with: ,

July 3rd, 2014 by bukharishafie

1. Selamat datang ke kuliah GSB1012 kepada pelajar PPISMP ambilan Jun 2014.

2. Makluat kursus adalah seperti beriku:

Nama Kursus: Kesantunan Masyarakat Malaysia

Kod Kursus: GSB1012

Kredit: 2

Kandungan:

3. Nota kuliah dan bahan bacaan/ rujukan boleh diakses di http://www.mybukhari.net/?page_id=1609

Posted in Kesantunan Masyarakat Malaysia Tagged with: