WAJ3104: Kuiz 2

Kuiz ini terdiri daripada dua bahagian.
Masa menjawab : 2.15 – 4.00 pm

Jawab semua soalan. Anda dibenarkan membuat rujukan.

3. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang akan anda pertimbangkan dalam membina bahan bantu mengajar?

 

4. Jelaskan maksud titik kemasukan huruf. Berikan contoh yang sesuai.

 

5. Berikan alamat 4 rujukan dalam talian (online) yang berkaitan dengan literasi bahasa.

* Sila klik pada ‘Ulasan’ di bawah catatan ini untuk menjawab.

23 Comments Already

  1. soalan 3:
    Perkara yang akan dipertimbangkan semasa membina bahan bantu mengajar adalah faktor kos, faktor menarik, mudah digunakan dan pelbagai. Faktor kos dititikberatkan bagi mengelakkan berlakunya pengeluaran kos untuk proses yang tidak perlu. Faktor menarik pula adalah sama ada bahan tersebut dapat menarik minat pelajar untuk belajar melalui bahan tersebut. Faktor mudah digunakan pula adalah sama ada bahan tersebut mudah digunakan oleh sesiapa saja. Bahan yang sukar digunakan adalah bahan yang kurang berkesan. Faktor kepelbagaian pula adalah sama ada bahan tersebut boleh digunakan dalam pelbagai topik atau matapelajaran.

  2. 3. Pada pendapat saya, faktor yang akan saya pertimbangkan dalam mebina bahan bantu mengajar adalah kesesuaian bahan bantu mengajar dengan tahap pemikiran murid yang diajar. Sebagai contoh, bahan bantu mengajar yang dibina tidak boleh terlalu susah dan kompleks untuk difahami oleh murid. Bahan bantu mengajar yang dibina juga perlu berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan bantu mengajar harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Jika bahan bantu mengajar dibina mengikut objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran, sesi pembelajaran akan lebih bermakna dan murid akan menerima segala ilmu yang sepatutnya mereka terima mengikut preforma. Selain itu, saya perlu memastikan bahan bantu mengajar saya dapat menarik minat murid untuk belajar. Sebagai contoh, saya mesti menggunakan bahan yang berwarna-warni dan ceria untuk menghasilkan bahan bantu mengajar selain menggunakan gambar-gambar yang berkaitan. Di samping itu, saya juga perlu memastikan bahawa bahan bantu belajar saya itu dapat dilihat oleh semua murid di dalam kelas supaya mereka dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, gambar dan tulisan yang digunakan pada bahan bantu mengajar mestilah besar dan jelas untuk dilihat oleh murid. Di samping itu, bahan bantu mengajar yang dibina juga perlulah bersesuaian mengikut kelompok murid yang ingin ditekankan. Sebagai contoh, bahan bantu mengajar yang dibina digunakan untuk semua murid maka saiz bahan tersebut mestilah besar dan jelas dan sebaliknya jika kelompok murid kecil yang ingin ditekankan semasa pembelajaran di dalam kelas. Saya juga akan pastikan bahan bantu mengajar yang dibina bukan sahaja boleh digunakan untuk satu konsep atau objektif pembelajaran sahaja. Sebagai contoh, bahan bantu mengajar yang dibuat untuk kaedah membaca secara fonetik boleh juga digunakan untuk kaedah membaca secara pandang sebut.

    4. Titik kemasukan huruf bemaksud titik awlal pergerakan mata pensel semasa proses membentuk binaan huruf yang perlu dipatuhi. Memahami titik kemasukan huruf penting supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang sistematik, kemas dan cantik. Contoh, murid menulis huruf mengikut aturan penulisan yang betul.

  3. 3. Faktor yang akan dipertimbangkan adalah;
    – Kesesuaian bahan
    – Menarik
    – Ringkas dan tepat serat padat
    – Mesra murid
    – tidak terlalu berwarna-warni
    – boleh digunakan untuk apa-apa aktiviti

    4.titik kemasukan huruf adalah menulis huruf dengan menyambungkan titik-titik yang diberikan. sabagai contoh bagi menulis huruf ‘A’, murid-murid dikehendaki untuk menyambungkan titik-titik yang telah dialabelkan mengikut urutan.

    5. (i) http://literasibahasa.blogspot.com/
    (ii) http://www.cikgufais.net/tag/kaedah-pandang-sebut/
    (iii) http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/02/kaedah-pengajaran-bacaan-asas-kaedah.html
    (iv) http://marimembacasayangku.blogspot.com/2010/05/kaedah-abjad.html

  4. Soalan 4
    Titik awal pergerakan mata pensel semasa proses membentuk binaan huruf yang perlu dipatuhi dikenali sebagai Titik kemasukan huruf. Contohnya murid mahu mempelajari menulis huruf b, murid perlu mengikut langkah-langkah menulis yang betul seperti membuat garisan menegak terlebih dahulu sebelum membina garisan melengkung.

  5. 3. pada pendapat saya faktor yang akan saya pertimbangkan dalam membina bahan bantu mengajar ialah bahan bantu mengajar perlulah terdiri daripada bentuk benda, bahan alat atau pekakas samaada konkrit atau abstrak iaitu melibatkan aktiviti mendengar, menglihat atau kedua-duanya sekali. Bahan bantu mengajar tersebut perlulah mempunyai daya ketahanan supaya boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang. Bahan bantu mengajar juga perlulah sesuai untuk digunakan oleh kelompok pelajar tertentu supaya sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Faktor lain ialah bahan bantu mengajar perlulah mempunyai ketepatan maklumat iaitu dapat menyampaikan objektif sebenar berkenaan apa yang perlu murid fahami.

    4. Titik kemasukan huruf bermaksud titik awal pergerakan mata pensiel semasa proses membentuk binaan huruf yang perlu ditepati. Memahami titik kemasukan huruf penting supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang sistematik, kemas dan cantik.

    5.i) http://intangemilang.blogspot.com/2009/02/kaedah-fonetik.html
    ii) http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/02/kaedah-pengajaran-bacaan-asas-kaedah.html
    iii) http://www.cikgufais.net/tag/kaedah-abjad/
    iv) http://retibasa.blogspot.com/2010/03/titik.html

  6. SOALAN 3:

    Faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam membina bahan bantu mengajar ialah ketahanan, kos, aspek teknikal, ketepatan maklumat, mudah alih, saiz, jangka masa, strategi pengajaran pembelajaran, bentuk dan fungsi, ketepatan, kepelbagaian,kemahiran bahasa, standardisasi dan simplikasi, serta penyerapan nilai dan pengetahuan.

    SOALAN 4:

    SOALAN 5:

    i) http://www.mypintar.com.my/main/ms/galeri-acara/pintar/events/sesi-penerangan-program-literasi-bahasa-inggeris

    ii) http://prpm.dbp.gov.my/

    iii) http://lamanbahasa.files.wordpress.com/2011/04/sisip-suku-kata.pdf

    iv) http://saujana.sg/Wiyata/BahanPengajaran/BacaanAsas/tabid/3550/Default.aspx

    v) http://teachinginmalaysia.blogspot.com/2011/02/kaedah-asas-mengajar-bacaan.html

  7. soalan 3
    – faktor – faktor yang dipertimbangkan dalam membina bahan bantu mengajar ialah aspek kandungan yang ringkas, tepat dan padat, mempunyai unsur yang dapat menarik perhatian murid, sesuai dengan isi pelajaran yang ingin diajar di dalam kelas dan mempunyai pelbagai fungsi atau boleh digunakan untuk sesi kelas yang seterusnya. selain itu, bahan bantu mengajar haruslah berunsur kreatif dan efektif

    soalan 4

    soalan 5
    – rujukan
    (a) http://eprints.usm.my/4884/1/Penilaian_Tahap_Penguasaan_Kemahiran_Menulis_Dalam_Bahasa_Melayu_Murid_Sekolah_Kebangsaan_Kebolehpercayaan_Instrumen.pdf

    (b)http://myais.fsktm.um.edu.my/5003/

    (c) http://www.scribd.com/doc/63709996/Literasi-Bahasa-Melayu-Abjad-Fonetik

    (d) http://literasibm.blogspot.com/

    (e) http://forum.engkabang.net/index.php?PHPSESSID=b290c5fe7facd57f2e082d9438fd2109&/board,882.0.html

  8. NAMA : MARCUS AK GUNDI
    KELAS : PISMP MT 2

    3. Pada pendapat saya terdapat beberapa faktor yang berkesan untuk membina bahan bantu mengajar.Yang pertama ialah, tahan lama dan lasak. Memandangkan murid-murid kurang bijak semasa menggunakan alat-alat untuk belajar oleh itu pastikan bahan yang kita bina tahan daripada retak, koyak, basah dan sebagainya. Yang kedua ialah pelbagai fungsi. Contohnya, bahan bantu mengajar tersebut hendaklah dapat digunakan untuk menulis dan melukis kemudian dapat dipadamkan semula. Sebabnya ialah ada sesetengah bahan bantu mengajar yang hanya berfungsi untuk menulis sahaja. Dalam pada itu, pastikan gambar juga dapat diletakan dalam bahan bantu mengajar tersebut. Yang ketiga ialah, mudah alih. Bahan bantu mengajar yang baik mestilah mudah alih dan boleh dibawa kemana-mana sahaja oleh murid-murid. Selain itu, bahan bantu mengajar mestilah menarik dan mempunyai kreativiti yang tinggi. Murid-murid lebih berminat untuk belajar apabila bahan bantu mengajar kemas dan menarik. Bahan bantu mengajar juga harus jelas dan dapat dilihat oleh murid-murid. Yang paling penting ialah ianya tidak begitu memerlukan kos yang banyak untuk dibina.

    4. Titik kemasukan huruf ialah cara untuk mengklisifikasikan sesuatu huruf menggunakan simbol tertentu. Contohnya menulis huruf ”e” . Simbol tersebut akan naik keatas terlebih dahulu kemudian turun ke bawah selepas menulis sesuatu huruf.

    5. Rujukan untuk kaedah abjad, fonik dan padang sebut.
    Yang pertama,
    http://nidapink90.blogspot.com/2011/11/kaedah-membaca.html
    Yang kedua, https://docs.google.com/gview?url=http://www.ukm.my/jpbm/pdf/93-109+Yahya+et+al.pdf&chrome=true

    Yang ketiga, http://www.cikgufais.net/tag/kaedah-fonik/
    Yang keempat, http://www.scribd.com/doc/93557721/Nota-Ringkas-Literasi-Bahasa-Melayu
    http://www.scribd.com/doc/102019886/Esei-Literasi-Bahasa

  9. soalan 3

    1.kesesuaian bahan dengan tajuk yang ingin diajar.
    2. ekonomik-boleh digunakan semula.
    3. kesesuaian warna yang dapat menarik minat murid.
    4. kesesuaian saiz bahan dengan jumlah murid.

    soalan 4

    titik kemasukan huruf ialah titik awal pergerakan mata pensel semasa proses membentuk binaan huruf yang perlu dipatuhi. contohnya menulis huruf a-z dengan menggunakan titik kemasukan huruf dengan betul iaitu titik mana dahulu yang perlu ditulis.

    soalan 5

    1. http://www.kkum.com.my/index.php?page=shop.product_details&category_id=95&flypage=flypage.tpl&product_id=4328&option=com_virtuemart&Itemid=80&vmcchk=1&Itemid=80
    2.http://www.slideshare.net/prabagaranr/notaprabacaantulisan
    3. http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/pengenalan-literasi-bahasa-melayu.html
    4. http://www.abc2u.my/index.php?route=product/product&product_id=446

  10. 3. Bahan bantu mengajar perlulah bersesuaian dengan matlamat dan objektif pengajaran. Guru perlu menentukan objektif atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya. selain itu, bahan bantu mengajar perlu dibina berdasarkan kepada sasaran murid misalnya guru yang membina bahan bantu mengajar untuk murid tahun 1 perlu menitikberatkan peringkat umur tersebut. Di samping itu, bahan bantu mengajar perlulah dibina bagi aktiviti secara berkumpulan, individu atau sekelas. Hal ini penting kerana sekiranya bahan bantu mengajar yang ingin digunakan untuk sekelas dibina dalam saiz yang kecil, bahan tersebut akan menjadi tidak sesuai.

    4. Titik kemasukan huruf bermaksud titik awal pergerakan mata pensel semasa proses membentuk binaan huruf yang perlu dipatuhi. Memahami titik kemasukan huruf penting supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang sistematik, kemas dan cantik. Sebagai contoh, menulis huruf dengan titik bernombor.

    5.- http://bukharis.net/
    -http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/WAJ3104_Literasi_Bahasa.pdf
    http://norshamis.blogspot.com/2012/04/nota-kuliah-literasi-bahasa-ppg-sem-2.html
    -http://literasibahasakami.blogspot.com/
    -http://www.scribd.com/doc/46033832/literasi-BM

  11. 3. Faktor-faktor
    -Sasaran bahan bantu mengajar ( individu/kumpulan/kelas)
    -Saiz bbm
    – Tahap kesukaran bbm mengikut peringkat umur murid-murid
    – Perkaitan perkataan/objek pada bbm dengan kehidupan dan persekitaran murid.

    4. Titik kemasukan huruf
    Titik kemasukan huruf bermaksud titik permulaan untuk membentuk sesuatu huruf. Sebagai contoh menulis huruf dengan titik bernombor.Selain itu, langkah-langkah menulis huruf a bermula dengan titik kemasukan huruf dan membentuk garisan dengan arah menentang pusingan jam dan kemudian membuat garis pendek lurus ke bawah.

    5. 4 rujukan

    http://www.bukharis.net

    http://www.scribd.com/doc/24410536/KAEDAH-FONETIK

    http://literasibahasa.blogspot.com

    http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2011/06/aktiviti-pra-bacaan.html

  12. Soalan 3
    Alat bantu mengajar adalah alatan yang penting dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana alat bantu mengajar ini membatu untuk memupuk kefahaman murid dengan lebih mendalam mengenai perkara yang akan dipelajari.
    Antara faktor yang diambilkira dalam pembuatan alat bantu menjagar ialah menarik. Hal ini kerana pelajar sekolah rendah suka sesuatu yang menarik seperti berwarna warni. Alat bantu mengajar yang menarik ini dapat menarik perhatian mereka semasa proses pembelajaran di dalam kelas.
    Selain menarik, alat bantu mengajar perlulah mempunyai kegunaan yang efektif yakni alat bantu mengajar tersebut boleh digunakan berkali-kali dan tidak terhad untuk satu aktiviti sahaja. Hal ini dapat menjimatkan kos dalam pembinaan alat bantu mengajar dalam pelbagai topic.
    Di samping itu, alat bantu mengajar juga perlu dibuat berdasarkan matlamat dan objektif pembelajaran. Ianya juga bergantung dengan bilangan pelajar di mana jika ianya ialah satu kelas maka alat bantu mengajar perlulah dalam saiz yang sesuai. Jika ianya adalah untuk kumpulan maka saiz yang perlu di hasilkan perlulah sederhana.
    Kesimpulannya, terdapat banyak faktr yang mempengaruhi pemilihan dalam membina bahan bantu mengajar

  13. soalan 3 :

    – pada pendapat saya, faktor-faktor yang akan dipertimbangkan dalam membina Bahan Bantu Mengajar ialah bahan tersebut mestilah sesuai dengan tajuk yang akan diajar.
    -Saya juga perlu menimbangkan supaya Bahan Bantu Mengajar yang dibina mempunyai ciri-ciri yang dapat menyediakan satu rujukan bersifat konkrit kepada para guru. Ini adalah lebih baik dan bermakna daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah untuk meningkatkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
    -Selain itu, BBM yang berkesan adalah BBM yang ringkas dan mudah difahami oleh murid.
    -BBM yang baik dapat digunakan berulang kali dan dapat dipelbagaikan aktiviti pembelajaran menggunakan bahan tersebut.
    – faktor lain adalah bahan tersebut seharusnya dapat melengkapkan murid dengan penggunaan bahasa yang berkesan.

    Soalan 4

    titik kemasukan huruf bermaksud titik awal pergerakan mata pensel semasa proses membentuk binaan huruf yang perlu dipatuhi. Contohnya murid mahu mempelajari menulis huruf a, murid perlu mengikut langkah-langkah menulis yang betul seperti membuat garisan melengkung terlebih dahulu sebelum membina garisan menegak.

    soalan 5 :

    http://www.scribd.com/doc/49104121/alat-bantu-mengajar

    http://www.cikgufais.net/tag/kaedah-pandang-sebut/

    http://www.scribd.com/doc/39765457/LITERASI-BAHASA

    http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2011/06/aktiviti-pra-bacaan.html

    http://www.slideshare.net/prabagaranr/notaprabacaantulisan

  14. soalan 1: faktor2 y dipertimbangkan apabila membuat sesuatu BBM
    – pertama adalah kos yang perlu digunakan untuk membuat alatan tersebut. kita haruslah bijak untuk mengunakan kos seminima yang mungkin kerana BBM yang kita perlu hasilkan kadangkala amat banyak.
    – kedua adalah ketahanan, BBM y tahan lama boleh digunakan berkali-kali
    -ketiga adalah fungsi BBM tersebut mestilah menepati tujuan kita menghasilkannya. juga, BBM y mempunyai pelbagai fungsi juga turut diambil kira. contohnya apabila kita menghasilkan ABM untuk kaedah pandang dengar, kita boleh mereka satu cerita dan kemudian menjadikan cerita tersebut sebagai latihan menulis kepada murid.
    – keempat adalah bahan yang digunakan, bahan yang lebih mahal tidak semestinya adalah tahan lama dan bahan yang murah atau terbuang tidak semestinya akan menjadikan sesuatu BBM itu tidak menarik.
    – kelima adalah faktor keceriaan. sesuatu BBM tersebut mestilah dapat menarik minat para pelajar. kita juga perlu menyediakan aktiviti y seronok melalui BBM ini.
    – keenam adalah faktor kesediaan murid-murid. kita haruslah menyelaraskan tahap kesukaran BBM ini berdasarkan murid kita. contohnya, ABM tahun 1 tidak boleh digunakan untuk murid tahun 6.
    – ketujuh, adakah kita perlu menghasilkan BBM yang banyak untuk 1 kelas. contohnya guru menyediakan 5 BBM y sama untuk 1 kump dalam 1 kelas. adalah lebih bijak jika guru hanya membuat 1 BBM tetapi boleh digunakan untuk kesuluruhan kelas.
    – kelapan adalah mobiliti BBM tersebut. sesebuah BBM yang bagus mestilah senang sibawa dan juga siselenggara. BBM juga mestilah direka supaya ia boleh dibawa kemana-mana y kita perlukan.

    soalan ke-2, maksud titik kemasukan huruf.

    titik kemasukan huruf adalah titik awal pergerakan mata pensel semasa proses membentuk binaan huruf yang perlu dipatuhi. ianya adalah seperti peraturan yang dibuat untuk kita menghasilkan huruf tersebut. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah menulis huruf dengan titik bernombor. kita boleh menyediakan titik-titik yang mana apabila disambung akan membentuk 1 huruf diatas satu kertas kosong. kita haruslah meletakkan nombor garis yang manakah yang perlu dibuat dahulu kepada murid-murid. contohnya, untuk membuat huruf P, garis tegak perlu dibuat terlebih dahulu dan kemudiannya diakhiri dengan garis bengkok tersebut. disamping menulis menggunakan urutan nombor, dalam masa yang sama murid dapat berjinak-jinak untuk mengenal huruf. Selain itu, aktiviti menulis huruf kecil dan huruf besar diatas kertas kotak, juga dapat membantu murid untuk menghasilkan huruf. murid akan terbiasa untuk menulis dengan besar yang boleh melatih murid untuk menghasilkan huruf yang berbentuk bulat dan bukanlah bujur. selain itu, menulis pada garis bergaris empat, bergaris tiga dan bergaris satu juga dapat membantu pelajar menghasilkan tulisan yang teratur dan kemas. tetapi, ia mestilah diberikan panduan terlebih dahulu. murid-murid mestilah mengetahui titik kemasukan huruf supaya mereka dapat menghasilkan tulisan yang sistematik, kemas dan cantik.
    contoh-contoh yang diberikan tadi adalah latihan yang ditulis diatas kertas. kita juga boleh melatih murid-murid menulis huruf diatas air ataupun pasir. pasir adalah lebih relevan kerana ia meninggalkan kesan. caranya adalah, guru perlulah menunjukkan cara membuat huruf pada awalnya dan menyuruh pelajar nenbuat gerakan yang sama.

    soalan 4, rujukan:

    http://www.scribd.com/doc/102019886/Esei-Literasi-Bahasa

    http://norshamis.blogspot.com/2012/04/nota-kuliah-literasi-bahasa-ppg-sem-2.html

    http://literasibahasakami.blogspot.com/

    http://ppg-tesl.net/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=57&view=viewcategory&catid=9

    (link y terakhir boleh mendownload modul literasi bahasa)

  15. soalan 3

    pada pendapat saya, faktor-faktor yang akan dipertimbangkan dalam membina Bahan Bantu Mengajar ialah bahan tersebut mestilah sesuai dengan tajuk yang akan diajar. Saya juga perlu menimbangkan supaya Bahan Bantu Mengajar yang dibina mempunyai ciri-ciri yang dapat menyediakan satu rujukan bersifat konkrit kepada para guru. Ini adalah lebih baik dan bermakna daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah untuk meningkatkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, BBM yang berkesan adalah BBM yang ringkas dan mudah difahami oleh murid. BBM yang baik dapat digunakan berulang kali dan dapat dipelbagaikan aktiviti pembelajaran menggunakan bahan tersebut. BBM juga perlulah mempunyai kretiviti yang dapat menarik minat murid dalam belajar agar murid akan merasa tidak bosan dan mengantuk sewaktu P&P dalam kelas.

    soalan 4

    titik kemasukan huruf iaitu titik awal pergerakan mata pensil semasa proses membentuk binaan huruf. murid diberikan tulisan titik bentuk Y dan disuruh menulis huruf Y mengikut sambungan titik.

    soalan 5

    i- http://zamanrasa.blogspot.com/2009/08/literasi-bahasa-
    melayu-waj-3104-pgrs.html
    ii- http://nidapink90.blogspot.com/2011/11/kaedah-
    membaca.html
    iii- http://readnetwork.com/index.php?
    option=com_content&view=article&id=148:ajar-anak-
    anda-membaca-bagaimana-menggunakan-kaedah-fonetik-
    bahagian-1&catid=57:tips&Itemid=30
    iv- http://www.scribd.com/doc/24410536/KAEDAH-FONETIK

  16. 3. Pada pendapat saya, faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam membina bahan bantu mengajar ialah dari aspek kesesuaian, kewibawaan dan kemaskini. Bagi kesesuaian, ia dikaitkan daripada sudut guru di mana tujuan dan objektif pengajaran, aspek lisan, aspek tulisan dan aspek pemahaman semuanya perlu diselaraskan dan diserapkan ke dalam bahan bantu mengajar tersebut. Bagi kewibawaan pula, ia dikaitkan dengan sudut pelajar iaitu, bahan bantu mengajar itu hendaklah bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid di sekolah manakala kemaskini pula dikaitkan dengan sudut pedagogi dan bahasa di mana penggunaan bahasa dan penyampaian bahan bantu mengajar adalah efektif dan jangka masa penggunaannya lebih lama. Pendek kata, bahan bantu mengajar tersebut adalah serbaguna dan boleh dikemaskini pada bila-bila masa.

    3. Maksud titik kemasukan huruf ialah, pengawalan tangan dalam menulis huruf. Contohnya, murid yang sudah pandai menulis dapat mengetahui titik sempadan permulaan dan berhenti ketika menulis huruf. Dengan itu, murid tersebut sudah mampu menghasilkan tulisan yang baik dan mudah difahami. Pendek kata, huruf-huruf yang ditulis adalah dalam bentuk yang betul.

    5. Empat rujukan dalam talian (online) yang berkaitan dengan literasi bahasa:
    (i) Ajar Anak Anda Membaca – Bagaimana Menggunakan Kaedah Fonetik (Bahagian 1) dari http://readnetwork.com/index.php?option=com_content&view=article&id=148:ajar-anak-anda-membaca-bagaimana-menggunakan-kaedah-fonetik-bahagian-1&catid=57:tips&Itemid=30
    (ii) Aktiviti Prabacaan dari http://www.slideshare.net/sifatpgsr/09-bahan-bacaan-tajuk-bpg2
    (iii) Kaedah Abjad dari http://www.scribd.com/doc/59964432/39765457-LITERASI-BAHASA
    (iv) Aktiviti Membaca : Kaedah Abjad dari http://literasibahasakami.blogspot.com/

  17. Soalan 3 :
    Pada pendapat saya, faktor yang akan saya pertimbangkan dalam membina bahan bantu mengajar ialah keberkesanan bahan tersebut, boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti dan ianya menarik tetapi tidak terlalu banyak hiasan sehingga boleh mengelirukan murid. Selain itu, kos juga dititikberatkan supaya ianya sesuai dengan pembinaan bahan bantu mengajar tersebut.

    Soalan 4 : titik kemasukan huruf
    Titik kemasukan huruf ialah titik permulaan dalam menulis sesuatu huruf. Contohnya dalam menulis huruf ‘b’ titik permulaannya ialah dari atas garisan menegak dan diikuti dengan bulatan tersebut. Kesilapan berkaitan titik kemasukan melibatkan banyak huruf dalam abjad,
    antaranya ialah huruf ’ a, b, e, o dan s’. Kanak-kanak didapati menulis huruf ’ o’ dengan titik kemasukan yang tidak betul contohnya mereka mula membentuk huruf ’ o’ dari bawah. Mereka juga menulis huruf ’ s’ dan ’ e’ bermula dari bawah. Garisan menegak untuk ’ b’ juga dimulakan dari bawah. Huruf ’ a’ dimulakan dengan garis menegak dan diikuti dengan separa bulatan melawan arah jam. kanak-kanak prasekolah yang tidak menguasai aspek titik kemasukan menyebabkan huruf kelihatan tidak cantik, sukar dibaca dan bentuk huruf menjadi tidak normal.

    Soalan 5 : 4 rujukan online yang berkaotan dengan literasi bahasa
    i) http://nidapink90.blogspot.com/2011/11/kaedah-membaca.html
    ii) http://readnetwork.com/index.php?option=com_content&view=article&id=148:ajar-anak-anda-membaca-bagaimana-menggunakan-kaedah-fonetik-bahagian-1&catid=57:tips&Itemid=30
    iii) http://www.cikgufais.net/tag/kaedah-abjad/
    iv) http://www.remedialclass.net/2010/12/20/kaedah-mengajar-membaca-bahasa-melayu/

  18. 3. Semasa membina bahan bantu mengajar, saya akan mempertimbangkan faktor-faktor seperti kos bahan, fungsi bahan, kreativiti, pemilihan warna dan corak dan menggunakan bahan yang fleksibel yang boleh diguna pakai untuk aktiviti lain.
    4. Titik kemasukan huruf merupakan satu aktiviti di bawah aktiviti penulisan dimana huruf ditulis dalam bentuk titik-titik dan murid akan menyambung titik tersebut untuk membentuk huruf. Titik kemasukan huruf dapat membantu murid untuk berlatih menghasilkan tulisan yang cantik, kemas dan sistematik. Sebagai contoh, murid dapat berlatih menulis huruf susah seperti huruf s dengan kemas dengan selalu menggunakan titik kemasukan huruf.
    5. http://www.scribd.com/doc/93557721/Nota-Ringkas-Literasi-Bahasa-Melayu.
    http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/WAJ3104_Literasi_Bahasa.pdf
    http://notapismp.blogspot.com/2009/10/prabacaan.html
    http://literasibahasamelayu.blogspot.com/2011/05/catatan-sebuah-pengalaman.html
    http://zamanrasa.blogspot.com/2009/08/literasi-bahasa-melayu-waj-3104-pgrs.html

  19. 1. pada pendapat saya, antara faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam pembinaan alat bantu mengajar ialah
    (a) sasaran- alat bantu mengajar yang dibina haruslah mempunyai sasaran tertentu supaya objektif pelaksanaan alat bantu mengajar tercapai.

    (b) guna semula- sesuatu alat bantu mengajar haruslah fleksibel dan dapat digunakan untuk tujuan lain pada bila-bila masa (tidak terhad pada waktu itu saja) di samping dapat menjimatkan kos.

    (c) saiz tulisan- bagi membina alat bantu mengajar untuk kanak-kanak, saiz tulisan hendaklah besar dan menarik. jenis tulisan juga haruslah sesuai dan jelas dibaca. Hal ini demikian kerana kanak-kanak lebih mudah mengingat dan lebih berminat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih-lebih lagi apabila disertakan dengan gambar yang menarik.

    2. titik kemasukan huruf ialah cara untuk menulis. adalah penting untuk mengetahui titik kemasukan huruf supaya dapat menghasilkan tulisan yang cantik, kemas dan sistematik. pengetahuan tentang titik kemasukan huruf amat dititikberatkan supaya generasi akan datang mempunyai tulisan yang cantik memandangkan pada masa kini kebanyakan murid tidak mempunyai tulisan yang cantik. selain itu, murid akan tahu bila sempadan berhenti binaan huruf perlu ditamatkan. sebagai contoh, murid cenderung untuk menulis huruf m kecil yang menyamai huruf m besar. selain itu, ada yang menulis huruf q tanpa ekor.

    3. http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/WAJ3104_Literasi_Bahasa.pdf

    http://notapismp.blogspot.com/2009/10/prabacaan.html

    http://literasibahasamelayu.blogspot.com/2011/05/catatan-sebuah-pengalaman.html

    http://zamanrasa.blogspot.com/2009/08/literasi-bahasa-melayu-waj-3104-pgrs.html

  20. 3) Pada pendapat saya, antara faktor yang akan saya pertimbangkan ketika membina bahan bantu mengajar ialah dari segi kos, kegunaan dan sasaran.
    Dari segi kos, saya kan berusaha sebaik mungkin untuk menggunakan bahan – bahan yang tidak memerlukan saya mengeluarkan kos yang tinggi. Saya lebih suka menggunakan bahan – bahan terpakai untuk membina bahan bantu mengajar kerana di samping menjimatkan kos, masalah pencemaran juga dapat dikurangkan.
    Dari sudut kegunaan pula, saya akan memastikan setiap bahan bantu mengajar yang ingin saya hasilkan itu mempunyai banyak kegunaan. Pada pendapat saya, bahan bantu mengajar yang efektif ialah bahan bantu mengajar yang dapat digunakan untuk pelbagai fungsi. Dengan demikian, guru tidak perlulah membazir wang , tenaga dan masa membina bahan bantu mengajar yang banyak untuk mengajar setiap topik yang ingin diajarkan. Cukuplah sekadar satu sahaja bahan bantu mengajar tetapi boleh digunakan untuk pelbagai topik yang ingin diajar.
    Dari aspek sasaran pula, saya akan memastikan bahan bantu mengajar yang dibina mencukupi dan sesuai dengan keadaan kelas yang saya ajari. Jika kelas yang mempunyai murid yang ramai, saya perlu membuat bahan bantu mengajar yang bersaiz besar agar semua murid dapat melihat dengan jelas bahan bantu mengajar yang saya tunjukkan di hadapn kelas. Jika kelas kecil pula, saya boleh membuat bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam kumpulan – kumpulan kecil.

    4) Titik kemasukan huruf ialah titik awal permulaan bagi menulis sesustu huruf. Contohnya, jika menulis huruf “c”, titik kemasukannya ialah dari atas dan kemudian, barulah turun ke bawah secara melengkung.

    5)
    i) http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/WAJ3104_Literasi_Bahasa.pdf
    ii)http://literasibahasa.blogspot.com/
    iii) http://norshamis.blogspot.com/2012/04/nota-kuliah-literasi-bahasa-ppg-sem-2.html
    iv) http://norshamis.blogspot.com/2012/04/nota-kuliah-literasi-bahasa-ppg-sem-2.html

  21. Soalan 3: Antara faktor penting yang perlu saya pertimbangkan dalam membina bahan bantu mengajar adalah memastikan bahawa bahan bantu mengajar saya itu tidak memerlukan kos yang tinggi dan dapat digunakan untuk pelbagai tajuk di samping ianya dapat menarik perhatian murid untuk mempelajarinya.

    Soalan 4:
    Titik kemasukan huruf ialah titik awal pergerakan mata pensel semasa proses membentuk binaan huruf yang perlu dipatuhi. Memahami titik kemasukan huruf penting supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang sistematik, kemas dan cantik.
    Contohnya;
    Sebagai permulaan, guru boleh menyuruh murid menulis huruf dengan bebas di atas kertas kosong. Kemudian, murid diminta untuk menulis huruf dengan menggunakan kertas berkotak. Selain itu, guru juga boleh meminta murid menulis huruf di atas kertas bergaris empat. Setelah itu, murid dikehendaki pula untuk menulis huruf di atas kertas bergaris tiga. Akhir sekali, murid diminta untuk menulis huruf dengan menggunakan kertas bergaris satu.

    Soalan 5:
    i) http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/WAJ3104_Literasi_Bahasa.pdf
    ii) http://www.scribd.com/doc/59457603/LITERASI-BAHASA-MELAYU
    iii) http://www.scribd.com/doc/65063184/Literasi-Bahasa-Melayu-Tulisan-Mekanis-Hasil-Penulisan
    iv) http://bukharis.net/index.php/nota-wa3104/

Leave a Reply