i. Ramai kalangan generasi muda kita tidak banyak mengetahui susur galur sejarah kemerdekaan negara.
ii. Hal sama berlaku juga di peringkat sekolah. Sejarah bukan lagi subjek yang diminati oleh kebanyakan pelajar, tetapi terpaksa mengambilnya kerana ia menjadi subjek teras.
iii. Fokus kemerdekaan kita juga seakan-akan mengetepikan jasa-jasa pejuang/pahlawan tanah air. Tidak banyak yang ditonjolkan tentang jasa dan sumbangan mereka. Kini Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan ramai lagi pejuang makin asing, terutama kepada generasi muda.
iv. Ramai yang memahami bahawa kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan hasil perjuangan YM Tunku Abd Rahman (TAR) dan UMNO pula dilihat sebagai satu-satunya pertubuhan yang bertanggungjawab mencetuskan suara kemerdekaan. Walhal ramai pihak dan pertubuhan lain turut berjuang.
v. Sejarah perjuangan rakyat patut kita dedahkan dari awal negara dijajah. Perjuangan yang berbeza-beza latar dan caranya. Ini mampu memberikan kesedaran bahawa kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah manifestasi perjuangan darah dan air mata pahlawan lalu, yang akhirnya membawa kepada proses kemerdekaan yang dijayakan oleh Y.M TAR.
vi. Kita perlu ikhlas dalam mengkisahkan sejarah negara. Perlu juga ikhlas merungkaikan perihal pentingnya perpaduan dalam memastikan kedaulatan negara terjamin. Kita memerlukan slogan untuk membangkitkan jati diri dan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, tetapi dalam usaha menjayakannya kita wajib mengawal dan mengetepikan sikap suka menunjukkan suara dan semangat perkauman masing-masing.