Pedoman Bahasa: “Nya itu siapa?”

Apabila sahabat hamba menulis begini, “Semoga mendapat keberkatan dariNya,” hamba bertanya, “Nya itu siapa?”
“Nya” itu ganti nama, tetapi apabila tidak ada nama disebut sebelum itu, “Nya” itu siapalah agaknya!

Jikalau “Nya” itu bermaksud “Allah”, silalah tuliskan Allah, “Semoga mendapat keberkatan dari Allah.” Dan selepas itu “Nya” akan merujuk kepada “Allah.”

Contoh: “Semoga mendapat keberkatan dari Allah. Kita semua sentiasa berdoa mengharapkan rahmat-Nya.” Barulah “Nya” itu merujuk kepada Allah. Juga pastikan sebelum “Nya” ada sempang (-), diperlukan kerana “N” itu ditulis dengan huruf kapital.

—–
Sumber: Profesor Emeritus Abdullah Hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


1 × six =