9 March 2015

BMM3033E: PBS – Pentaksiran Sekolah

 

Jenis-jenis Instrumen Pentaksiran

 

Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :

a.Pemerhatian

Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.

b.Soal Jawab

c.Pensil dan kertas / Ujian Bertulis

Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif

d.Persembahan

Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasanmenyeluruh yangmerangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

e.Projek

Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

f.Produk

Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkansatu produk berdasarkan tugasan yang diberikan.

g.Amali

Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

h.Lembaran Kerja

i.Tugasan bertulis / Karya Penulisan

Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan /dokumen /karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi.

j.Kuiz

k.Senarai semak

l.Tugasan rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


× five = 20