14 March 2018

Kehilangan Entri 2016-2018

Beberapa hari lepas, laman ini tidak dapat diakses. Hanya paparan Error 5oo sahaja yang kelihatan. Kemungkinannya disebabkan oleh kesilapan editing skrip yang saya lakukan sewaktu mengemas kini theme laman ini. Setelah beberapa ikhtiar dialkukan, akhirnya paparan laman ini dapat dikembalikan. Namun semua entri tahun 2016 sehingga awal 2018 tidak dapat diselamatkan. Walaupun begitu, Alhamdulillah kerana bahan-bahan dalam hosting masih dapat diperoleh semula.

Pengalaman ini bukanlah yang pertama saya lalui. Saya pernah dua kali kehilangan semua dokumen dan paparan web apabila hosting yang dikendalikan oleh penyedia sebelum ini dihack. Cuma kali ini perkhidmatan daripada pihak penyedia hosting amat pantas dan cekap untuk mengatasi masalah ini.

Sebagai persediaan agar bahan-bahan pembelajaran yang dikongsi tidak hilang lagi, saya bercadang untuk menukar fungsi utama laman ini kepada catatan pengalaman sahaja. Aktiviti pembelajaran pula akan dilaksanakan melalui subdomain seperti www.mybukhari.net/bmmb3182.

Sayang apabila banyak entri yang tidak dapat diperoleh semula, tetapi pengalaman ini cukup bermakna. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


× eight = 72