15 Comments Already

  1. Saya juga pernah memakai baju kurung semasa di sekolah menengah saya. Saya memakai baju kurung ini adalah untuk program sekolah yang ingin pelajar sentiasa mengingatkan baju tradisi kita tetapi bukan sahaja bagi baju tradisi kaum sendiri maka kaum lain sekali kerana kita berada di satu negara.
    Selain itu, saya juga pernah pakai baju sari dan baju tradisi cina. Saya rasa amat bersyukur kerana dapat peluang untuk memahami dan memakai baju tradisi kaum lain.

  2. Video ini telah menunjukkan kita perlu mengekalkan budaya nenek moyang kita walaupun sekarang sudah sampai abad yang ke-21 . Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu , Cina , dan India . Setiap kaum mempunyai budaya sendiri dari segi pakaian tradisional . Misalnya , kaum Melayu lelaki memakai baju Melayu , kaum Melayu perempuan memakai baju kurung , kaum Cina lelaki memakai Samfoo , kaum Cina perempuan memakai cheongsam , kaum India lelaki memakai kurta dan kaum India perempuan memakai sari . Budaya ini perlu dikekalkan supaya budaya daripada nenek moyang tidak pupus . Selain itu , budaya kaum memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perpaduan kaum . Hal ini demikian kerana setiap kaum akan menghormati dan memahami budaya kaum yang lain . Dengan ini , perselisihan faham dengan kaum lain dapat dikurangkan . Pada masa yang sama , kaum yang berbeza juga akan mengamalkan budaya kaum lain . Pengamalan budaya kaum lain akan membantu kita lebih memahami budaya kaum lain . Contohnya , kaum yang berbeza akan memakai pakainan tradisional kaum lain semasa hari perayaan seperti Tahun Baru Cina , Hari Raya Puasa dan Hari Deepavali .

  3. Cuba kemukakan aspek-aspek kesantunan yang terdapat dalam setiap pakaian tradisonal.

  4. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mempunyai sifat keterbukaan dan saling menghormati. Bersatu hati Malaysia adalah bersatu konsep permikiran semua rakyat tidak kira perbezaannya bangsa dan budaya. Melalui video ini dapat dilihat budaya cara pemakaian telah diterima kepada kebanyakan orang yang daripada bangsa yang tidak sama. Ini amat bersyukur kerana mempunyai sifat keterbukaan untuk menerima kebudayaan bangsa lain. Contoh budaya permakaian telah mencerminkan perpaduan rakyat Malaysia dan inilah merupakan sebabnya Malaysia telah mencapai kedamaian selama-lama ini . Tiada Konflik kesalahfahaman antara pelbagai kaum manakala berusaha untuk lebih memahami budaya kaum lain seperti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara . Pada masa ini, terdapat banyak Orang Melayu dan Orang India pandai bercakap bahasa Cina dan belajar di sekolah Cina. Selain itu, makanan tradisional di negara kita juga diterima oleh setiap kaum . Dari aspek aspek ini, walaupun Malaysia merupakan negara yang berbagai kaum dan budaya maka kita masih berhidup secara sopan dan aman .

  5. Pada pendapat saya,walaupun kita warga Malaysia yang berada dari pelbagai jenis kaum,tetapi kita memang boleh mengekalkan perpaduan dan hubungan kita dengan memakai pakaian tradisional kaum lain.Setiap bangsa dan kaum masing-masing ingin mempunyai identiti tersendiri dan melalui identiti tersebut sesuatu kamu mudah dikenali.Waktu kami memakai pakaian tradisional kaum lain,menunjukan identiti kaum lain,tapi kami masih berasa bangga kerana kami warga Malaysia,mestilah bersatu padu tanpa mengira perbezaan antara adat resam,budaya,dan juga kaum.Jika tidak,peperangan atau kesalahfahaman akan datang ,kedamaian serta kedaulatan negara kita akan hilang.Kami akan lebih memahami adat resam,budaya dan juga perasaan mereka dengan lebih jelas,jika kita ingin cuba untuk memakai pakaian tradisional yang sama dengan kaum lain.Dengan ini,perpaduan dapat dikekalkan dengan selama-selamanya.

  6. Pada pendapat saya, pakaian-pakaian tradisional bagi setiap kaum dapat menunjukkan keistimewaan dan identiti kaum serta keunikan budaya kaum masing-masing. Walau bagaimanapun, konsep silang budaya antara kaum telah diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia dan pakaian tradisional kini tidak hanya dimiliki sesuatu kaum sahaja, semua kaum memakai pakaian tradisional kaum lain tanpa rasa asing dan saling berkongsi.
    Pada Hari Deepavali yang lalu, saya telah meminjam baju Kurta daripada rakan yang berbangsa India untuk memakainya dan berkunjung ke rumah rakan bapa saya yang berbangsa India. Saya berasa selesa dan seronok semasa memakai baju Kurta dan juga dapat mempelajari tentang cara untuk memakai Kurta. Sebelum memakai pakaian etnik lain, saya rasa pakaian tradisional etnik lain hanya sesuai dipakai oleh kaum tersebut. Sekarang saya sudah membuang pemikiran tersebut dan menerimanya tanpa rasa asing. Bagi saya, memakai pakaian tradisional etnik lain bukan sahaja dapat mengetahui tentang ciri-ciri dan keunikan pakaian tradisional etnik lain, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, walaupun kita berbeza rumpun, kita masih lagi dapat memakai pakaian tradisional kaum lain tanpa rasa terikat.

  7. setiap pakaian tradisional memang dapat menentukan identiti kaum itu tersendiri. pakaian tradisional boleh membantu kita lebih memahami budaya kaum masiing-masing. Misalnya, pemilihan warna baju dengan warna hitam dalam kaum khadazan di Sabah membawa kepercayaan tuhan dan kuasa melindungi mereka daripada kuasa syaitan. Selain itu, budaya tersebut tidak dapat dinafikan dapat mejalin hubungan antara kaum. Sebagai contoh,kaum berlainan boleh memakai baju tradisional kaum lain semasa hari perayaan dan dapat meraikan perayaan bersama. pertukaran ilmu budaya dapat dijalankan dan hal ini dapat mengurang kesalahfahaman antara kaum.

  8. Saya berpendapat tentang video ini menonjolkan pakaian tradisional tidak hanya dimiliki oleh sesuatu kaum sahaja. Di Malaysia, konsep silang budaya telah diamalkan di kalangan masyarakat Malaysia. Walaupun setiap kaum mempunyai pakain tradisional meraka yang begitu unik, tetapi ini tidak akan menjadi pehalang kepada masyarakat Malaysia yang perpaduan. Dalam video tersebut, kaum cina telah cuba memakai pakaian tradisional kaum melayu dalam sebuah majlis perkahwinan. Hal ini dapat menonjolkan sifat saling memahami budaya antara kaum yang tidak sama. Proses silang budaya telah berlaku secara tidak langsung semasa mereka memakai pakaian tersebut. Mereka dapat mengetahui perasaan dan juga keselesaan semasa memakai baju tradisional lain dan juga menjalankan upacara tradisional kaum lain. Budaya-budaya dapat diketahui dengan lebih mendalam kerana “hand on, mind on”.Walaupun itu hanya memakai baju tradisional sahaja, perkara kecil akan menimbulkan impak positif yang besar. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia dan selanjutnya akan memimpin negara kita Malaysia ke arah yang terang dan berjaya…

  9. Saya rasa semua pakaian tradisional kaum mempunyai keistimewaan dan maknanya yang tersendiri. Pakaian tradisional ini mewakili budaya unik kaum masing-maisng dan menunjukkan nilai-nilai ketimuran dan kesantunan rakyat Malaysia yang mulia seperti kesopanan dan semangat mengekalkan adat, budaya dan tradisi masing-masing. Melalui video ini, saya berpeluang mendapat tahu jenis-jenis dan ciri-ciri pakaian tradisional bagi pelbagai kaum dengan lebih mendalam terutamanya pakaian tradisi etnik di Sabah dan Sarawak.
    Saya setuju dengan pendapat video ini bahawa pakaian tradisional tidak hanya dimiliki oleh sesuatu kaum sahaja. Di Malaysia, konsep silang budaya telah diamalkan di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia berasa selesa memakai pakaian tradisional kaum lain untuk apa-apa tujuan seperti menyambut perayaan, perkahwinan, persembahan, bekerja dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia bersatu padu dan mempunyai perpaduan yang kukuh kerana tidak mengasingkan diri daripada kaum yang lain malah dapat hidup bersama secara aman.

    • Apakah perasaan anda apabila memakai pakaian etnik lain?

      • Saya pernah memakai pakaian tradisional tiga bangsa negara iaitu cheongsam , baju kurung, dan sari. Pada pendapat saya, Pakaian tradisional ini melambangkan budaya dan adat resam masing masing. Semasa memakai pakaian tradisional kaum lain dan kaum lain memakai pakaian tradisional kaum cina saya saya akan berasa dihormat dan diterima. Oleh itu , semasa saya memakai pakaian tradisional kaum lain saya telah memberi perasaan kepada kaum lain , budaya mereka adalah dihormat dan disayangi. Saya berasa amat bangga kerana memahami latar belakang etnik lain melalui cara pemakain tradisional .

  10. Memang tidak dinafikan , setiap kaum ada pakaian tradisionalnya, misalnya baju kurung, baju Melayu lelaki, cheongsam, sari dan lain-lain lagi. Apakah tujuan untuk memakai pakaian baju kurung sedangkan baju modern hari ini ada pelbagai reka bentuknya? Tentulah ada maknanya, pakaian tradisional menampakkan keunikan seni tradisional sesuatu kaum dan juga menjadi bukti peradaban masing-masing yang agung dan sejarah yang gemilang. Contohnya, keunikan seni kaum Melayu yang menggunakan motif bunga-bungaan serta tumuh-tumbuhan dalam reka bentuk dan seterusnya membawa seni tersebut dalam mereka baju kurung dan baju Melayu lelaki yang cantik dan segak. Pemodenan masa kini, masyarakat telahpun diterapkan semangat perpaduan dan mulalah menghasilkan situasi silang budaya.Contohnya, saya dan rakan-rakan memakai baju kurung untuk hadir ke kuliah malah saya dengan rakan-rakan membincangkan mana-mana reka bentuk baju kurung yang lebih sesuai dan cantik.

    • Apakah perasaan anda apabila memakai pakaian etnik lain?

      • Saya pernah memakai baju kurung semasa di sekolah menengah untuk sambut Hari Raya dengan rakan lainlah, pada masa tersebut kami berasa seronoklah memakai baju kurung yang tidak selalu dipakai dan mula memerhati dan memberi komen terhadap baju kurung masing-masing. Sambutan Hari Raya Aidilfitri di IPDA ini sememangnya telah mendalamkan pemahaman saya terhadap ” perpaduan” semua kaum , tak kira bangsa dan agama , bersama-sama memakai baju kurung dan menonjolkan kecantikan baju tradisional dengan lebih terserlah lagi dengan senyuman manis anatara rakan-rakan. Saya juga berasa bersyukur untuk dilahirkan di Malaysia, sebab itulah saya dapat menikmati makanan yang enak-enak dan bergaulrapat dengan rakan yang berbilang kaum.

Leave a Reply