27 October 2008

Perisian bagi menghalang penyalahgunaan internet


Saya tidak pasti sejauh mana keberkesanan perisian yang diperkatakan dalam artikel berikut. Cubalah dahulu. Risiko adalah atas tanggungjawab anda.

—————————————–
|Sumber: http://www.tranungkite.net/|

Penemuan ‘software’ bagi menghalang penyalahgunaan internet

Kebimbangan para ibu bapa memang berasas terhadap kandungan Internet. Dalam masa yang sama, para majikan juga turut merasa bahawa kadang-kadang para pekerja menghabiskan banyak masa melunsuri World Wide Web (WWW) daripada melakukan kerja-kerja sebenar. Kebimbangan tersebut diasaskan kepada pelunsuran terhadap laman-laman yang tidak berfaedah dan boleh merosakkan moral.

Para ibu bapa dan majikan merasa keliru dengan polisi tiada sekatan yang dikenakan terhadap Internet oleh pihak kerajaan. Padahal dalam masa yang sama ramai ahli-ahli sosial menggesa supaya capaian kepada dunia siber ini dikawal. Walaupun nilai budaya dan ketahanan diri merupakan senjata paling ampuh dalam menangani keburukan yang dibawa oleh Internet, terdapat juga kaedah secara terkini dalam menapis laman-laman web yang tidak bersesuaian dengan agama dan nilai budaya kita.

Golongan remaja adalah antara mangsa yang menjadi sasaran kepada gejala ini. Kehadiaran laman laman yang lucah dan tidak bersesuaian dengan nilai budaya masyarakat Malaysia ibarat mengantuk disorong bantal dan remaja dengan kawalan yang longgar dari ibubapa telah didorong untuk meluncuri laman-laman ini. Kesudahannya remaja menjadi liar dan berani untuk melakukan aksi-aksi yang dipamerkan didalam laman web tersebut. Ini telah mencetus dan menjadikan gejala keruntuhan akhlak leih berleluasa. Remaja dalam dalam lingkungan umur belasan tahun sudah berani dan juka dilihat dari jenayah yang lakukan membariskan golongan remaja ini sebagai penjenayah. Kes-kes seperti rogol, rompak, peras ugut dan seks rambang adalah telah meningkat sejak akhir-akhir ini. Puncanya sudah tentulah dari didikan alam siber yang pastinya merasuk remaja untuk melakukan kegiatan sumbang itu.

Kajian menunjukkan terdapat sebanyak 4.2 juta laman web tersebut di Internet, iaitu 12 peratus daripada jumlah kesuluruhan laman web di Internet. Daripada isu penyebaran laman-laman lucah ini telah memungkinkan gejala ketagihan terhadap internet ini menjadi-jadi khasnya kedapa golongan remaja. Hal ini telah menyebabkan pembuangan masa yang tidak disedari berlaku. Ketagihan ini banyak memberi impak yang kurang sihat. Dan ketagihan ini boleh diklasifikasikan mengikut jenisnya.

Antaranya ketagihan seks-siber (Cybersexual) iaitu ketagihan untuk memasuki laman web dan berborak (chat) di lawan-laman web dewasa serta berunsur lucah.Ketagihan ini juga ada hubungan dengan kehubungan-siber (Cyber-relationship) iaitu ketagihan untuk menghubungi kawan-kawan di internet sama ada melalui chat atau kumpulan perbincangan (newsgroup), termasuk juga hubungan dengan rakan-rakan yang istimewa.

Ketagihan dalam konteks Net Compulsions iaitu ketagihan yang menuntut minat dengan hal-hal yang bersangkutan dengan perjudian, lelongan serta perniagaan yang terdapat di internet. Ketagihan ketagihan ini banyak menyebabkan remaja bagaikan tidur bersama layar komputer. Bagi mereka internet adalah dunia yang paling karib. Segala tuntutan dunia sudah tentu menjadi perkara remeh yang tidak berfaedah. Lama kelamaan sikap malas akan timbul dan remaja khasnya akan menjadi lesu tanpa aktiviti sukan dan riadah. Hal ini memerlukan perhatian yang sepenuhnya dari ibubapa.

Download di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


+ eight = 10