Musim ‘masuk jawi’

Saya pun tak tahu macam mana dan bagaimana istilah ‘masuk jawi’ ni bermula…tapi inilah yang selalu digunakan untuk merujuk kepada bersunat atau berkhatan.

 

Kebiasaan, apabila seseorang anak akan disunatkan maka satu kenduri akan diadakan. Kebelakangan ini, kenduri yang diadakan juga hampir menyamai kenduri perkahwinan. Meriahnya dan besarnya kenduri hinggakan ada yang menumbangkan seekor lembu. Tambahan pula jika yang bersunat itu merupakan anak lelaki yang pertama dalam keluarga.

Sehingga hari ini saya sudah menghadiri 2 kenduri bersunat yang besar-besaran juga. Esok akan menyusul satu lagi, kebetulan rakan saya yang akan menyunatkan anaknya. Seekor lembu akan ditumbangkan dan jemputannya lebih kurang 1200 orang. Persiapannya tidaklah sesusah mana memandangkan kawasan kediaman kami mempunyai pakatan dan amalan gotong-royongnya masih utuh.


Paling menyeronokkan ialah anak yang disunatkan (khatan)…jika ramai tetamu yang masuk menjenguk maka banyaklah ‘RM’ yang akan diterima…nak tengok ‘anu’ yang disunatkan kenalah bayar lebih…hehehe… 

Kata/Peribahasa Takrif Sumber
khatan berkhatan bersunat; bersuci; masuk jawi: Saya ~ ketika berumur sepuluh tahun. mengkhatankan memotong kulup; menyunatkan:Kenduri itu diadakan kerana upacara ~ anaknya. Kamus Pelajar
khatan sunat (memotong kulup);berkhatan bersunat, bersuci, potong kulup: orang Islam ~ sewaktu masih kecil lagi; mengkhatankan menyunati: biasanya diadakan kenduri apabila ~ anak; perkhatanan perbuatan (upacara) berkhatan atau bersunat. Kamus Dewan Edisi Tiga
Kata/Peribahasa Takrif Sumber
sunat I mendapat pahala jika dilakukan tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan (bkn perbuatan dr segi agama Islam): puasa ~; sembahyang ~. Kamus Pelajar
sunat I disunatkan digalakkan melakukannya tetapi tidak diwajibkan: Ketika pergi ke masjid kita ~ memakai bau-bauan yg harum. Kamus Pelajar
sunat II; bersunat dipotong kulupnya; masuk jawi; berkhatan. Kamus Pelajar
sunat II; bersunat menyunatkan memotong kulup; mengkhatankan. Kamus Pelajar

#bila tengok gambar budak-budak tu teringat kisah saya dikhatankan oleh tok mudim.

Rujukan:

 

 

November 28th, 2008 by