28 January 2009

Kenapa wujud istilah cikgu cabuk

Perkara-perkara ini sudah lama berlalu, tetapi masih terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya ni dulu cikgu cabuk saja, gaji berapalah sangat…saya dah berhenti dan sekarang buat bisnes sendiri. Alhamdulillah, kalau saya masih lagi jadi cikgu, saya takkan merasa pendapatan sepereti sekarang ni tiap-tiap bulan.” begitulah kata rakan saya ketika bercerita tentang pekerjaannya sekarang.

Ini pula saya petik daripada ruang sembang yang kerap saya ikuti:

akm semua. sebelum bicara lebih lanjut hingga ke lubuk china izinkan hamba perkenalkan diri. G exco pms xxxx. Exco bekalan yg bekal barangan orientasi kau orang batch xxxx. Apa khabar semua yg mengenali diri ini. Terutama dr A. mungkin dia tak ingat aku sbb aku masih lagi cikgu cabuk. Tahniah kepada R sebab tukar bidang kerjaya. kepada semua kekawan kelas xxxx aku semua ingat kat kau orang…


Salam..ayuh warga mplp yg amat prihatin dgn kesusahan rakan seangkatan kita, tak kira yg masih jadi cikgu cabuk atau dah kaya raya..marilah kita sama-sama berdoa agar Allah swt menganugerahkan kesihatan dan kesejahteraan buat….

Dalam ruang sembang yang sama, rakan saya Dr. A, pensyarah di sebuah IPG di ibu kota mengungkapkan:

Saudara Y dan saudara-saudara saya sekelian sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata memikirkan dan termenung (feel very dispointed ), cuba mencari istilah CIKGU CABUK . Saya mencari dalam kamus dewan termasuk online dictionary, all dead end. Jika kita melatakkan taraf kita serendah itu, bermakna kita tidak percaya kepada kebolehan kita sendiri. Saya rasa terkilan mengapa taraf itu yang kita dapat sebagai seorang pendidik. Setidak-tidak jika kita lihat disekeliling kita sudah ramai anak didik kita yang berjaya hasil usaha kita. Jangan kita sekali-kali menggunakan istilah yang tidak layak untuk kita semua sebagai seorang pendidik. Lebih -lebih lagi istilah itu datang dari kita sendiri. Yang mana kurang kita tambah dan lebih kita cemerlangkan. Bersyukurlah apa yang kita ada. Saya minta kepada semua sahabat-sahabat saya sekalian, jika kita sayangkan kerjaya kita jangan sekali-sekali meletakannya pada taraf yang paling bawah. Minta maaf jika ada yang terasa.

—-

Adakah kebendaan dan kedudukan yang membuatkan rakan-rakan saya ini merasakan mereka cikgu cabuk?

2 Comments

  • dhila: kerjaya pendidik akan bernilai jika pengamalnya benar2 ikhlas dan sentiasa menyanjung profesionnya, yakni tidak sesekali berasa naif dengan kerjayanya.

  • Ya, saya juga tertanya-tanya istilah apakah itu. Adakah kerjaya sebagai guru ada ‘tarikh mati’?

    Cabuk bermakna sudah tidak digunakan lagi bukan?

    Bukankah kerjaya pendidik itu berguna sampai mati. Sampai bila-bila.

    Yang cabuk mungkin orangnya, bukan profesionnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


seven × 2 =