Frank Swetthenham atau nama sebenarnya Frank Athelstane Swetthenham adalah salah seorang pegawai kolonial British yang terkenal dalam zaman penjajahan British di Tanah Melayu.

 

Melalui tulisan Swetthenham, orang-orang Melayu digambarkan pendek, kuat bekerja, mempunyai rambut hitam yang lurus, kulit yang kecoklatan, hidung dan bibir yang tebal, dan mata yang bercahaya, baik sopan, dan suka menolong, tidak pernah merendah diri,tidak ramah, dan curiga terhadap orang asing.Namun sikap tersebut tidak ditunjukkan dengan jelas. Orang Melayu juga sangat tabah dan bertanggungjawab terhadap pekerjaan.


Beliau juga menggambarkan orang-orang Melayu bijak bercakap dan gemar menggunakan pepatah atau perumpamaan. Mereka kelihatan bijak, suka berjenaka dan suka mengambil tahu hal jiran, tidak minum arak dan jarang merokok. Orang Melayu juga kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. Mereka juga gemar dengan aktiviti bersukan seperti berlaga ayam, memburu, dan mengadakan perlawanan persahabatan.


Di sebalik itu, Swetthenham juga menjelaskan sikap-sikap buruk yang dimiliki oleh orang Melayu seperti tamak, percaya kepada tahyul, boros, suka berhutang, sukar membayar hutang, dan adakala sering menimbulkan fitnah kerana sering mengambil tahu hal jiran. Orang melayu juga sering dikaitkan dengan amuk. Ini kerana mereka suka menyakitkan hati dengan cacian dan cara untuk menghilangkannya adalah dengan membalas dendam hingga berlaku pertumpahan darah. Mereka akan menggunakan pelbagai ikhtiar untuk membalas dendam. Kehendak untuk membalas dendam ini selalunya membawa kepada kejadian amuk.