Esok saya akan memberi taklimat Kerja Kursus Projek (KKP) BMM3101.

Berikut intisari KKP:

Anda secara individu diminta:
a. Menyediakan satu folio yang mengandungi;

1. Bahan-bahan berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

b. Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut;

1. Menyediakan nota ringkas dan grafik berhubung unsur-unsur penting dalam FPK, komponen utama kemahiran bahasa, konsep 5P, Pengisian Kurikulum dan Kemahiran Bernilai Tambah.

2. Menghasilkan satu contoh rancangan pengajaran harian tahap dua selama 60 minit selengkapnya dengan memasukkan aspek 5P dan Kemahiran Bernilai Tambah.

Borang kolaborasi (ada pandangan yang menyatakan ‘kolaboratif’ lebih tepat…apa pandangan anda? 🙂 ) boleh dimuat turun di SINI |BORANG KOLABORASI|
Saya menerima bentuk kolaborasi secara bersemuka (mesti) dan juga melalui e-mel atau sms (telefon pun boleh). Waktu untuk pertemuan bersemuka akan saya tentukan kemudian.