Bersyukurlah jika ibu masih ada menemani perjalanan hidup kita ketika ini. Beruntunglah kita kerana masih mempunyai doa dan restu seorang ibu. Kelak apabila ibu sudah tiada, maka hilanglah satu rahmat hidup, iaitu doa restu seorang ibu. Sayangilah ibu; selagi ibu ada dan juga sesudah ibu tiada.