Secara umumnya,Frank Swetthenham banyak menulis perihal orang Melayu dari pelbagai aspek berdasarkan pemerhatian dan pergaulannya dengan masyarakat Melayu secara langsung.

Antara pandangan beliau, orang Melayu juga hanya menghormati kepada sesiapa yang menghormati mereka. Ini menimbulkan perasaan perkauman yang menebal dalam diri mereka. Namun, mereka amat menjaga hubungan baik yang terjalin daripada sebarang perselisihan faham.

Dalam bidang pendidikan, orang-orang Melayu tidak mementingkan pelajaran. Walaupun belajar, lazimnya masa mereka dihabiskan dengan kegiatan-kegiatan seharian seperti menangkap dan menjinakkan gajah, menangkap ikan dan bercucuk tanam atau pun membantu keluarga. Walaupun begitu, mereka amat bangga dengan negara dan masyarakat mereka. Mereka cukup taat kepada raja dan pemerintah serta menghormati adat-adat lama.

Orang Melayu juga gemar menghabiskan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti sukan. Antara sukan yang polpular kerika itu ialah menyabung ayam, melaga kerbau dan melaga kambing. Di samping itu, mereka juga gemar dengan sukan alam sepertimana yang dimaksudkan oleh Swetthenham ialah memburu, menangkap dan menjinakkan gajah, dan menangkap ikan.

Swetthenham juga menyatakan orang Melayu sememangnya pandai dalam membuat batik , songket,dan membuat senjata. Dalam kehidupan seharian, orang Melayu sebolehnya cuba mengelakkan dari membicarakan soal seks. Oleh itu dari zaman kanak-kanak lagi, orang Melayu telah mendidik anak-anak mereka dengan ajaran agama. Namun begitu menjelang usia 16 – 20 tahun, kebanyakan remaja lelaki Melayu mula terlibat dalam masalah sosial seperti berjudi, boros dan suka menggangu isteri orang. Berbanding remaja lelaki, kehidupan remaja perempuan Melayu lebih lebih terjaga. Mereka bukan sahaja tidak boleh bebas malah sentiasa mengahbiskan masa dengan belajar memasak, menjahit, dan belajar agama.