12 May 2012

Perihal Tata Bahasa dan Budi Bahasa

Dari Mana Datangnya Tata Bahasa dan Budi Bahasa 

Nilai sopan santun berbahasa ini diturunkan kepada kita oleh orang tua-tua. Sejak kecil ibu bapa mengasuh anak-anak supaya menggunakan perkataan-perkataan sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua, atau orang lebih tinggi kedudukannya. Sebagai contoh:

Ibu memberi tahu anak, “”Dia itu pangkat abang pada kamu, panggillah dia Abang Long.”

Orang itu adik bongsu ayah engkau, panggillah beliau Pak Busu.”

”Beliau itu ketua kampung, kita semua memanggilnya Tok Empat.”

”Itu Tuk Imam sampai, engkau jemput Tuk Imam masuk.”

 

Anak-anak yang gagal berbuat begitu akan dipanggil ”tidak berbudi bahasa” malah ada kalanya dikatakan “kurang ajar”.

 

Walau bagaimanapun, sistem panggilan dalam keluarga di kampung itu tidak boleh digunakan di luar keluarga, lebih-lebih lagi dalam konteks rasmi. Apabila ini dilakukan, maka kita melanggar tatabahasa sosial. Katakanlah kita berada di pejabat kerajaan dan bertemu seorang pegawai wanita yang tidak kenali. Tiba-tiba sahaja kita memanggil dia “Mak Cik” maka perbuatan ini tidak menghormati jawatannya. Kita perlu menghormati dia dengan panggilan Puan.

 

Juga, ada banyak tunjuk ajar dalam bidalan dan pepatah Melayu. Ini semuanya dapat dijadikan pedoman. Berikut adalah beberapa contoh:

 

Bahasa menunjukkan bangsa.
Orang berbudi kita berbahasa.
Sebab mulut badan binasa.
Terlajak perahu boleh undur semula; terlajak kata buruk padahnya.
Bercakap malam dengar-dengar, bercakap siang pandang-pandang

 

Kita sentiasa diingatkan bahawa dalam bercakap kita perlu memberi perhatian kepada banyak unsur-unsur budaya. Perlakuan beginilah yang dipanggil budi bahasa. Seterusnya budi bahasa menjaga penghormatan, sopan santun suaya tidak tersinggung.

 

Contoh: Komunikasi lisan yang betul tata bahasa dan salah budi bahasa.

 

Kerani: Kamu boleh masukkan borang yang sudah disain ke dalam kotak itu.(memuncung bibir ke arah kotak yang ditunjukkan, dengan muka masam.)

Komunikasi lisan yang betul tata bahasa dan budi bahasanya

Kerani: Sila Puan masukkan borang yang lengkap dan sudah ditandatangani itu ke dalam sampul surat ini (sambil menunjukkan sampul surat dengan ibu jari.) dan sila masukkan sampul surat ini ke dalam kotak di sana (sambil menunjuk dengan jari ibu menunjukkan ke kotak, dengan muka manis, tidak perlu senyum.)

Sumber: Facebook Bahasa Melayu Tinggi (Silalah sertai kumpulan ini)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


5 × = twenty five