August 27th, 2009 by bukharishafie
Hari ini baru berkesempatan ke Toko Buku Cahaya Baru di Alor Setar untuk mendapatkan Jurnal Bahasa (Bil.1/Jun 2009).

Ingatkan masih berkulit hitam, rupa-rupanya sudah bertukar warna. Menarik dan ringkas reka letak serta pemilihan warnanya.

Dua makalah daripada pensyarah dan teman sekuliah saya sewaktu menekuni pengajian peringkat sarjana setahun lalu menjadi perhatian. Dr. Hasmidar Hassan mengupas tentang “Pola Ayat Dasar ke-4 Bahasa Melayu: Pemerian dari Perspektif Pragmatik”, manakala Prof. Madya Dr. Noriah Mohamed dan Hasnida Chekha (rakan saya) pula mengemukakan kajian mereka, iaitu “Jenis dan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam Bahasa Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand”.

Saya bila lagi mahu menghasilkan makalah sedemikian? Dr. Radhiah sudah berkali-kali memberi jalan dan dorongan ke arah itu sejak saya mula menukang tesis di bawah seliaannya hinggalah selesai. Saya yang masih berkira-kira lagi agaknya…hasrat masih membara.

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: ,