February 6th, 2011 by bukharishafie

Petikan daripada Buku Jingga (ms 13-14)

Golongan Pendidik Diutamakan

Merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat, Pakatan Rakyat komited untuk:

 Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk bantuan terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka.
 Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian yang lebih adil kepada guru-guru mengambil kira kepakaran dan tempoh berkhidmat.
 Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan negara.
 Menilai semula guna tenaga semasa di sekolah-sekolah untuk memastikan semua guru-guru terlatih dan berkelayakan, termasuk menyelesaikan persoalan naiktaraf guru-guru sandaran.
 Mengurangkan karenah birokrasi dan pentadbiran dalam dunia pendidikan yang membebankan golongan pendidik, terutamanya pertukaran-pertukaran dasar utama yang silih berganti dan mengongkong golongan pendidik kepada kerja-kerja menulis laporan dan pentadbiran yang mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran.

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: ,

February 23rd, 2009 by bukharishafie


Gelora politik tetap tidak berpenghujung. Kita seolah-olah berada dalam kempen pilihanraya sepanjang masa. Ada saja isu, ada saja cerita, ada saja yang tidak kena dan banyak juga peristiwa yang menjadi catatan masa.


Cerita panas politik kita banyak berkisar tentang ‘bulan’,’mata’,’roket’,’dacing’ dan ‘keris’. Saya nampak ‘bulan’ masih tenang dalam gelora itu.

Seri Johor nama negeri,
Sultan Ismail raja yang mulia;
Alangkah terangnya matahari,
Bulan juga membawa cahaya.

Seri Bangi gelaran paman,
Waktu tuan raja di Kedah;
Tinggi bulan sayup pandangan,
Berpakat kita tumpang cerah.

Rujukan pantun:
Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Lisan Pantun Melayu. 2006. DBP.

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: