April 14th, 2015 by bukharishafie

 

Ulasan PLM*: Kita selalu “riuh” apabila pelajar Malaysia lemah bahasa Inggeris tetapi apabila pelajar Malaysia lemah bahasa Melayu (bahasa rasmi negara sendiri)apakah pula sikap kita?… *PLM ialah Persatuan Linguistik Malaysia

 

Read more of this article »

Posted in Bahasa, Sastera & Budaya, Pendidikan Tagged with: , , ,

September 6th, 2013 by bukharishafie

Posted in Bahasa Melayu 1 Tagged with: ,

September 3rd, 2013 by bukharishafie

Read more of this article »

Posted in Bahasa Melayu Kontekstual Tagged with: ,

March 2nd, 2013 by bukharishafie

Selamat ke mybukhari.net

Posted in Makluman Tagged with: ,

September 2nd, 2012 by bukharishafie


Pertandingan Deklamasi Puisi Kemerdekaan anjuran Jabatan
Pengajian Melayu.

  Tarikh : 5 September 2012 (Rabu)
  Masa   : 2.15 petang
  Tempat : Dewan Za’ba 
 

Semua dijemput hadir

Posted in Bahasa, Sastera & Budaya, Makluman Tagged with:

August 7th, 2010 by bukharishafie
Kegilaan! Saya tidak nafikan istilah itu. Saya sendiri pernah kegilaan. Gila web, gila blog, gila html, gila php dan termasuklah gila Facebook. (Maaflah, jika tajuk entri ini agak keterlaluan)

 

Hakikatnya daripada kegilaan itulah saya mendapat banyak ilmu dan kemahiran hal-hal web, blog, html, php. Malahan kemahiran ict saya juga hampir 95% saya peroleh melalui maklumat dalam talian. Caranya mudah, jangan takut cuba dan gagal, dan jangan malas membuat carian.

 

Itulah kegilaan! Namun dalam entri ini saya sekadar mahu berkongsi beberapa pesanan berkaitan penggunaan Facebook – Jaringan sosial yang terhangat! ketika ini.

Sumber imej: zonbebas.com
Baca juga di sini:
Dosa-dosa dan Facebook
Jangan Promosi Dosa di Blog & Facebook
Tips Menggunakan Facebook untuk Para Facebookers
Tip Aman Menggunakan Facebook
Facebook?
Kegilaan saya berFacebook makin berkurangan. Tidak ada sebab yang jelas, tetapi yang pasti saya tidak mempunyai masa yang banyak (inilah sebabnya! hehehe…) untuk berFacebook ketika ini.

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: , ,

February 3rd, 2010 by bukharishafie
Sumber gambar: UNIKA PTS

Membaca catatan “Kontraktor Buku Gembira dengan Langkah KPM Mewajibkan Guru-guru Membaca 7 Buku Setahun” dalam blog UNIKA PTS merupakan khabar gembira bagi saya. Hal ini kerana saya sememangnya kurang berminat untuk menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diadakan atas sebab-sebab tertentu. Bagi saya membaca merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan tahun ini saya sudah menyemat azam untuk membeli sekurang-kurangnya 2 buah buku sebulan. Tentunya juga membaca paling kurang 2 buah buku sebulan!

Khabar ini sebenarnya sudah diumumkan oleh pentadbiran sekolah saya pada penghujung tahun lepas. Program ini bertujuan untuk menggantikan program LDP yang wajib diikuti oleh guru-guru sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Namun hingga kini tidak ada kepastian berkaitan program tersebut.

Saya mengakui, bukanlah mudah untuk membudayakan membaca sebagai amalan walau untuk mengisi beberapa minit masa terluang. Menggalakkan guru membaca sekurang-kurangnya 7 buah buku setahun merupakan satu langkah yang baik. Namun untuk menetapkan 7 buah buku yang perlu dibaca bukanlah suatu langkah yang baik.

Guru sewajarnya diberi pilihan untuk membaca buku pilihan masing-masing. Hal ini demikian kerana salah satu faktor minat membaca adalah bergantung kepada minat individu terhadap genre yang diminati. Menetapkan 7 bahan bacaan tertentu tentulah mengekang minat sesetengah guru. Secara tidak langsung akan melunturkan minat membaca seperti yang diharapkan.

Malahan KPM sendiri boleh melaksanakan kempen yang berlebih berkesan sejajar dengan program wajib membaca 7 buah buku setahun dengan melancarkan kempen membaca secara besar-besaran di sekolah-sekolah KPM. Idea BACA@LRT merupakan satu idea yang boleh dimurnikan oleh KPM. Secara tidak langsung bukan guru sahaja yang dibudayakan dengan amalan membaca, malahan pelajar juga turut menerima kesan positifnya.

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: , , , ,

January 28th, 2010 by bukharishafie
Sebulan lebih blog ini tidak diusik. Ayuh, kita mulakan tahun 2010 ini dengan semangat MEMBACA. Sematkan azam untuk kita menjadi orang yang gemar membaca. Saya petik beberapa rangkap sajak “Merindu Buku” karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said:


Kita wajar berpesta di qalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu;
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.

Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmah berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur qalbu.

Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah
Kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: , , , , ,

September 25th, 2009 by bukharishafie

Salam Aidil Fitri dan salam silaturrahim.

i. SMS Raya

Terima kasih kepada rakan dan saudara yang sudi menghantar sms kepada saya.
Terima kasih juga kepada rakan dan saudara yang berkesempatan membalas sms saya.

Saya gembira kerana semua sms yang diterima menggunakan bahasa Melayu 100%. Tidak ada bahasa rojak. Hebat bukan? Begitulah indahnya bahasa Melayu yang mampu mengungkap rasa hati dalam menyampaikan rasa sanjung, hormat, kerendahan hati dan kemaafan serta doa kepada rakan/saudara.

ii. Hiburan Raya

Rancangan Al-Kulliyah TV3 petang tadi mebicarakan tentang Raya Bertaqwa. Panelisnya Dato’ Abu Hassan Din dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah manakala perantaranya Ustaz Mohd. Fauzi. Perbincangan dan kupasan panelis amat menarik.

Realitinya, raya ini seperti juga raya sebelumnya, kita dihidangkan dengan pelbagai hiburan yang menggunakan pelbagai judul. Semua saluran tv berlumba-lumba menghidangkan pelbagai rancangan yang kononnya untuk memberikan kegembiraan pada hari raya. Malang lagi rancangannya entah apa-apa sekadar mengumpan penonton dengan artis saja, pengisiannya jelas bercanggah dengan agama, adab dan budaya.

Kita masih terperangkap dengan pengertian raya sebagai hari untuk berhibur. Agaknya begitulah…

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: , , ,

April 25th, 2009 by bukharishafie


Setelah menyelongkar cd ‘backup’ fail-fail daripada ‘notebook’ lama, saya terjumpa semula gambar yang diambil di Pantai Chenang, Langkawi. Gambar itu dirakamkan pada waktu senja, seingat saya hampir memasuki waktu Maghrib beberapa tahun lalu. Ketika itu saya masih bertugas di Langkawi.

Jika diamati, akan kelihatan sesuatu yang tidak disangka sama sekali dalam gambar itu. Anda mungkin akan nampak bayangan seperti orang sedang berjalan di bahagian kiri gambar. Saya sedari setelah melihat semula gambar yang dirakam itu apabila tiba di rumah.

Apabila bertanya kepada rakan-rakan tempatan Langkawi, itu bukanlah sesuatu yang pelik. Banyak cerita tentang kisah-kisah pahlawan dahulu di Langkawi. Pantai Chenang merupakan salah satu tempat yang termasuk dalam cerita itu. Jadi, andaiannya itulah kelibat pahlawan dahulu (atau h a n t u…?).

Andaian boleh jadi macam-macam berdasarkan perspektif masing-masing…

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: , , ,

April 22nd, 2009 by bukharishafie
Pelaksanaan yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pndidikan dalam usaha memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah sewajarnya diterjemahkan dalam bentuk yang lebih jelas kerana wujudnya kontra dengan pelaksanaan dasar bahasa yang berlaku di sekolah-sekolah dan juga di IPTA dan IPTS.

Di peringkat pembelajaran, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran semakin mengecil jumlahnya apabila dilaksanakan pengajaran mata pelajaran sains, matematik dan professional menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Usaha-usaha untuk menyemarakkan penggunaan dan mengukuhkan kecintaan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sememangnya disokong tetapi untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah mestilah disokong kuat oleh penggunaan dan pemakaian Bahasa Melayu sepenuhnya dalam menyampaikan ilmu. Barulah Bahasa Melayu akan terus berkembang pesat dan usaha memperkayakan khazanah bahasa dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa akan terus bercambah.


Posted in Arkib Blogspot Tagged with: , , , , ,

April 17th, 2009 by bukharishafie

senyum itu suka
senyum itu duka
senyummu beribu tahun
menjadi temanku yang bahagia

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: , , ,

February 26th, 2009 by bukharishafie
Nampaknya bahasa Melayu, walaupun pada teorinya merupakan satu-satunya bahasa fungsional, yakni penting di Malaysia, namun kepentingan itu tidak selalu berlaku pada praktik dan realitinya.

Sebenarnya, beberapa peranan fungsional bahasa Melayu sudah lama terhakis. Hakisan ini dilegimitasikan melalui beberapa tindakan. Antaranya termasuklah melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2003, dan penggunaan bahasa-bahasa lain pada papan tanda jalan.

Profesor Teo Kok Seong. “Penilaian Linguistik pada Papan Tanda Jalan” dlm. Dewan Bahasa. (Januari 2009)

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: , , , ,