October 26th, 2008 by bukharishafie

Kata-kata tersebut selalu bermain di fikiran. Memerikan makna berdasarkan konteks. Semua ini gara-gara kertas kerja yang dibentangkan oleh Prof. Nurhashimah dari UKM dalam Seminar Kebangsaan Verbal & Bukan Verbal yang saya turut serta (23/10/2008). Saya selalu bermain-main ayat untuk memerikan makna dengan pelbagai kata tunggal yang kemudiannya digandakan. Sesekali mengimiginasikan situasinya juga…pelik kan? Itulah mencari kepastian.

Cubalah rujuk Kamus Dewan (2005) untuk mencari makna:

otak @ otak-otak
suka @ suka-suka
mandi @ mandi-mandi

dan jangan lupa kata yang disenaraikan dalam tajuk entri kali ini.

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: ,

October 21st, 2008 by bukharishafie

Khamis (23/10/2008) ini saya kan menghadiri Seminar Kebangsaan Verbal dan Bukan Verbal di Universiti Sains Malaysia (USM). Seminar ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), USM.

Saya juga akan membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Iklan Dalam Talian (IDT) Bahasa Melayu Nokia” dalam sesi selari seminar ini. Abstraknya seperti berikut:

Kertas ini bertujuan untuk (i) menganalisis pematuhan dan pelanggaran maksim perbualan dalam iklan dalam talian (IDT) telefon bimbit Nokia yang dimuat turun daripada laman web Berita Harian Online dan (ii) menghuraikan perkaitan antara unsur verbal dan bukan verbal dalam menyampaikan maksud. Teori Prinsip Kerjasama Grice (1989) digunakan untuk mengenal pasti dan menghuraikan pematuhan dan pelanggaran maksim dalam teks IDT. Hasil analisis mendapati bahawa pematuhan dan pelanggaran maksim yang berlaku adalah merupakan antara srategi pengiklan untuk menarik perhatian pengguna terhadap iklan yang dipaparkan. Selain dari itu, analisis juga menunjukkan bahawa unsur bukan verbal yang digunakan juga berperanan dalam menjelaskan maksud yang dibawa oleh unsur verbal (teks).

Maklumat lanjut berkaitan seminar ini boleh dirujuk melalui http://svbvppikusm2008.blogspot.com/

Posted in Arkib Blogspot Tagged with: ,